Tuesday, October 6, 2020
'Hidup' Lesen di Pejabat Pos.
Saturday, July 13, 2019
Tina yang comot
Tina, 10 tahun merupakan seorang budak yang tembam, degil dan comot. Tina tidak suka mandi, Tina tidak suka menyikat rambut dan Tina paling benci gosok gigi. Tina suka makan, semua benda Tina makan. Aiskrim, coklat, gula-gula, keropok, marshmallow, jelly semua Tina makan.
Hari ini, bermulalah musim cuti sekolah. Tina sangat gembira kerana Tina tidak perlu mandi untuk ke sekolah, tidak perlu sikat rambut dan tidak perlu gosok gigi. Sebelum pergi kerja ummi dan Abi berpesan kepada Tina supaya sentiasa jaga kebersihan diri, mandi, gosok gigi dan pastikan rambut disisir rapi. Tapi Tina sangat degil. Tina bertekad untuk tidak mandi sehingga petang.Tina akan mandi sebelum ummi dan Abi pulang dari kerja.
Akhir-akhir ini Tina mula rasa tidak gembira lagi apabila makan. Gigi Tina rasa sakit. Tina tidak boleh makan dan menjadi sangat moody. Tina tahu inilah akibat daripada malas gosok gigi. Kakak Tina, Aina juga ada di rumah. Sesekali Aina menjenguk Tina, Aina suruh tina mandi dan gosok gigi. Tina yang moody tidak menghiraukan nasihat Aina. Aina menggelengkan kepala, arif dengan sikap Tina yang malas dan degil itu. Aina kembali ke biliknya dan menyambung menyiapkan kerja sekolahnya yang tertangguh.
Pada hari itu, Tina tidak mahu makan dan hanya berkurung di dalam biliknya menonton Upin dan Ipin sambil berbaring. Apabila petang, sudah tiba masanya untuk Tina mandi sebelum ummi dan Abi pulang. Tina cuba bangun, tapi kepalanya terasa berat. Tina rasa kepalanya, panas. Demam? Tina cuba bangun dan menuju ke cermin. Terkejut Tina melihat rupanya di cermin. Tidak terurus dan rambutnya mengerbang macam hantu Kak Limah gayanya. Wajah Tina kusam. Aina yang baru muncul di pintu bilik Aina ketawa. Lucu melihat rupa adiknya yang comot itu. Tina memuncungkan mulutnya. Semakin comot pula pada pandangan Aina menyebabkan ketawanya makin besar pula. Tina yang pada mulanya agak moody turut ketawa melihat Aina ketawa tak henti-henti.
Tina mengadu pada Aina, dia demam dan giginya sakit. Aina senyum penuh makna, Aina suruh Tina makan sedikit roti dan mandi. Aina suruh Tina gosok gigi. Kali ini Tina akur. Selepas mandi Tina berasa sangat segar dan badannya tidak lagi panas. Kepalanya juga terasa lebih ringan terutamanya selepas menyikat rambut. Tina juga telah menggosok gigi. Terasa lebih segar dan bertenaga selepas mandi, sikat rambut dan gosok gigi.
Tina mengadu tentang giginya yang sakit pada ummi dan abi. Ummi dan Abi membawa Tina berjumpa doktor gigi. Gigi Tina tidak sakit lagi dan Tina mula rajin menjaga kebersihan diri. Tina tidak mahu pisang berbuah dua kali. Tina tidak mahu kelihatan comot seperti hantu Kak Limah lagi.
^^
Tuesday, June 13, 2017
HAPPY 4TH ANNIVERSARY BANGTAN BOYS (BTS)..MY NEW OBSESSION??
Feels like I didn't wrote for ages..kind of miss the feeling of writing about anything..I love writing here since nobody will judge and nobody will read anyway..lol..
So, I just wanna share about my New Obsession..I can say that since youtube is like my second home..keep searching for New and Old Videos of Bangtan Boys (BTS)..Yes..you read me right..It's BTS now..haha..
BTS family picture from left; V, Jin, J-hope, Suga, Jimin, Jungkook and Rap Monster (RM now) |
Before this...I know there is a group called BTS..I tried to listen to their song but since maybe because I'm not familiar with their voices..and I'm more into something with a chill vibe...so their first song I heard "I need u" is just not for me..I'm not digging into their wide discography yet since I'm not a fan yet back then..so at that time BTS is not an option...๐ญ
I've tried searching for a new group to fill in the emptiness and hurt that DBSK left in my heart..kehkeh...I've tried EXO, only follow them for about 2 months? For me they don't have something..I don't really know..lol..since I just follow them in a very short time.. I can't really stick to them...I mean I still feel the emptiness..
Then, I tried to follow GOT7..they're funny but I think their songs also didn't fit my taste..I still feel the emptiness...๐..So I keep on searching..
The end of 2016 marked as one of the most precious times of my life..haha..Around this time I discover BTS...First time watching their Fire performance on MAMA 2016. Actually, I didn't watch any Korean Music Show or Award Show since I don't really have any group that sparks my interest. But at that moment I accidentally open the channel and Boom...BTS is performing...wow their performance was so lit..my husband keep on asking who's that...since my husband who hardly pay attention to any kpop group asking the question..I feel the urge to look for them...
Their songs is my jam now...They are so funny...They are themselves...They are so precious... I kennot..but then I start to get confused who is my bias actually..feels like I've got to love them equally since everyone was so loveable...
So that is how I fell in love with BTS..I love all of their dance practice and they keep on showering their fan with videos and pictures. They r also very active in Twitter and V apps. I've installed V-app just for them..lol..oh..BTS fans called A.R.M.Y (Adorable Representative M.C for Youth) and I'm proud to say I'm an ARMY now..hahaha..
HAPPY 4TH ANNIVERSARY BTS...
Saturday, February 6, 2016
Thin line between hate and love
Suatu senja yang hening,
Aku n hubby dalam perjalanan dari Palong 2 ke Serdang...
Me: Abg tgk kedai basuh kete ni besa giler
My hubby: alah..banyak je abg tengok orang basuh kete..lepas tu hujan..same jugak..(actually aku xnampak pon perkaitan dgn ayat penyata aku td..tp aku layankan je la)
Me: emm..xnampak same pon bg..klu kite basuh kete kan ade org gosok kete kite..so bersihla..kalau hujan pulak..air je lah simbah tapi xbersih jugak..so ape salahnye basuh kete pastu hujan..
My hubby: dah basuh kete pastu hujan..kotor la balik...
Me: errkk...
Ok so tajuk tu aku pakai taram je..xde kaitan dgn cite pon..haha..tapi husband aku berjaya sekali lagi membuatkan otak aku yg xrase nak berpikir ni kene berpikir pulak..selame ni salah kah pemahaman aku atau pemahaman die kah yang salah..i'm konpius..haha
Monday, December 14, 2015
Olive Oil dan Madu Berkesan Atasi Rambut Gugur?
Lama sangat dah rasa tak menulis. So, sambil-sambil tunggu masker rambut ni kering boleh la tulis-tulis ape-ape yang terbuku, tersimpan dan terpendam di lubuk sanubari..
Semalam buka youtube tengok tutorial macam mana nak buat beaded bracelet yang comel..entah macam mana boleh smpai ke video 'how to make your hair longer in 1 day'..macam tu la lebih kurang tajuk videonya..kebabom boleh tahan tajuknya, berjaya tarik minat aku nak tengok..
Dalam video tu dia bg la petua bahan-bahan yang boleh guna untuk rambut cepat panjang iaitu olive oil + madu + kuning telur..bahan-bahan ni memang mudah didapati membuatkan aku lagi tertarik nak try..
Malam tu jugak aku ajak laki aku pegi cari olive oil..madu memang dah ada kat rumah hasil pembelian kat cameron bulan lepas..tiba-tiba terbayang apek cina yang jual madu tu, siap suruh aku makan sarang lebah..dahsyat sungguh dia punya showmanship..haha..
Lepas dah beli olive oil tu dah malam sangat so, tak sempat dah nak bermasker bagai..ngantuk..walaupun excited nak try..tapi tido jugak lagi best..^^
Balik je kerja hari ni..tengah baring-baring dok berangan nak buat projek bracelet..teringat pulak nak buat masker rambut..tang mana kaitan bracelet ngan rambut pon aku tak tau..:)
Terus je aku gagahkan diri turun ke dapur dengan misi mendapatkan sebiji telur..boleh pulak telur tak ada..aku pon naik balik bilik, tetap nak teruskan juga misi ni dan aku campurkan je Olive Oil dengan Madu tanpa telur...rupanya bila campur dan gaul sebati, jadi pekat rupanya dua-dua bahan ni..baru ku tahu..
Aku guna 3 sudu olive oil dan 2 sudu madu lebah..basahkan rambut, keringkan sikit-sikit then sapukan masker tadi..lebih-lebih tu aku sapu kat muka sekali..sekarang dah dekat 45 minit dah..aku nak tunggu sampai sejam je..kalau tengok video minah saleh semalam dia pakai sampai 2 jam...aku ada baca jugak yg masker ni elok jugak untuk rambut gugur, rambut kering dan rambut bercabang..elok sangat la tu..dah la murah, senang, boleh buat sambil santai-santai landing atas katil sementara tunggu meresap..boleh letak kat muka pulak lagi..dah 5 in1 dah tu..ape lagi yang aku nak..
Harapnye aku boleh amalkan petua ni secara berkala, so barula boleh nampak kesannye..tak gitu^^