Tuesday, October 6, 2020
'Hidup' Lesen di Pejabat Pos.
Saturday, July 13, 2019
Tina yang comot
Tina, 10 tahun merupakan seorang budak yang tembam, degil dan comot. Tina tidak suka mandi, Tina tidak suka menyikat rambut dan Tina paling benci gosok gigi. Tina suka makan, semua benda Tina makan. Aiskrim, coklat, gula-gula, keropok, marshmallow, jelly semua Tina makan.
Hari ini, bermulalah musim cuti sekolah. Tina sangat gembira kerana Tina tidak perlu mandi untuk ke sekolah, tidak perlu sikat rambut dan tidak perlu gosok gigi. Sebelum pergi kerja ummi dan Abi berpesan kepada Tina supaya sentiasa jaga kebersihan diri, mandi, gosok gigi dan pastikan rambut disisir rapi. Tapi Tina sangat degil. Tina bertekad untuk tidak mandi sehingga petang.Tina akan mandi sebelum ummi dan Abi pulang dari kerja.
Akhir-akhir ini Tina mula rasa tidak gembira lagi apabila makan. Gigi Tina rasa sakit. Tina tidak boleh makan dan menjadi sangat moody. Tina tahu inilah akibat daripada malas gosok gigi. Kakak Tina, Aina juga ada di rumah. Sesekali Aina menjenguk Tina, Aina suruh tina mandi dan gosok gigi. Tina yang moody tidak menghiraukan nasihat Aina. Aina menggelengkan kepala, arif dengan sikap Tina yang malas dan degil itu. Aina kembali ke biliknya dan menyambung menyiapkan kerja sekolahnya yang tertangguh.
Pada hari itu, Tina tidak mahu makan dan hanya berkurung di dalam biliknya menonton Upin dan Ipin sambil berbaring. Apabila petang, sudah tiba masanya untuk Tina mandi sebelum ummi dan Abi pulang. Tina cuba bangun, tapi kepalanya terasa berat. Tina rasa kepalanya, panas. Demam? Tina cuba bangun dan menuju ke cermin. Terkejut Tina melihat rupanya di cermin. Tidak terurus dan rambutnya mengerbang macam hantu Kak Limah gayanya. Wajah Tina kusam. Aina yang baru muncul di pintu bilik Aina ketawa. Lucu melihat rupa adiknya yang comot itu. Tina memuncungkan mulutnya. Semakin comot pula pada pandangan Aina menyebabkan ketawanya makin besar pula. Tina yang pada mulanya agak moody turut ketawa melihat Aina ketawa tak henti-henti.
Tina mengadu pada Aina, dia demam dan giginya sakit. Aina senyum penuh makna, Aina suruh Tina makan sedikit roti dan mandi. Aina suruh Tina gosok gigi. Kali ini Tina akur. Selepas mandi Tina berasa sangat segar dan badannya tidak lagi panas. Kepalanya juga terasa lebih ringan terutamanya selepas menyikat rambut. Tina juga telah menggosok gigi. Terasa lebih segar dan bertenaga selepas mandi, sikat rambut dan gosok gigi.
Tina mengadu tentang giginya yang sakit pada ummi dan abi. Ummi dan Abi membawa Tina berjumpa doktor gigi. Gigi Tina tidak sakit lagi dan Tina mula rajin menjaga kebersihan diri. Tina tidak mahu pisang berbuah dua kali. Tina tidak mahu kelihatan comot seperti hantu Kak Limah lagi.
^^
Tuesday, June 13, 2017
HAPPY 4TH ANNIVERSARY BANGTAN BOYS (BTS)..MY NEW OBSESSION??
Feels like I didn't wrote for ages..kind of miss the feeling of writing about anything..I love writing here since nobody will judge and nobody will read anyway..lol..
So, I just wanna share about my New Obsession..I can say that since youtube is like my second home..keep searching for New and Old Videos of Bangtan Boys (BTS)..Yes..you read me right..It's BTS now..haha..
| BTS family picture from left; V, Jin, J-hope, Suga, Jimin, Jungkook and Rap Monster (RM now) |
Before this...I know there is a group called BTS..I tried to listen to their song but since maybe because I'm not familiar with their voices..and I'm more into something with a chill vibe...so their first song I heard "I need u" is just not for me..I'm not digging into their wide discography yet since I'm not a fan yet back then..so at that time BTS is not an option...๐ญ
I've tried searching for a new group to fill in the emptiness and hurt that DBSK left in my heart..kehkeh...I've tried EXO, only follow them for about 2 months? For me they don't have something..I don't really know..lol..since I just follow them in a very short time.. I can't really stick to them...I mean I still feel the emptiness..
Then, I tried to follow GOT7..they're funny but I think their songs also didn't fit my taste..I still feel the emptiness...๐..So I keep on searching..
The end of 2016 marked as one of the most precious times of my life..haha..Around this time I discover BTS...First time watching their Fire performance on MAMA 2016. Actually, I didn't watch any Korean Music Show or Award Show since I don't really have any group that sparks my interest. But at that moment I accidentally open the channel and Boom...BTS is performing...wow their performance was so lit..my husband keep on asking who's that...since my husband who hardly pay attention to any kpop group asking the question..I feel the urge to look for them...
Their songs is my jam now...They are so funny...They are themselves...They are so precious... I kennot..but then I start to get confused who is my bias actually..feels like I've got to love them equally since everyone was so loveable...
So that is how I fell in love with BTS..I love all of their dance practice and they keep on showering their fan with videos and pictures. They r also very active in Twitter and V apps. I've installed V-app just for them..lol..oh..BTS fans called A.R.M.Y (Adorable Representative M.C for Youth) and I'm proud to say I'm an ARMY now..hahaha..
HAPPY 4TH ANNIVERSARY BTS...
Saturday, February 6, 2016
Thin line between hate and love
Suatu senja yang hening,
Aku n hubby dalam perjalanan dari Palong 2 ke Serdang...
Me: Abg tgk kedai basuh kete ni besa giler
My hubby: alah..banyak je abg tengok orang basuh kete..lepas tu hujan..same jugak..(actually aku xnampak pon perkaitan dgn ayat penyata aku td..tp aku layankan je la)
Me: emm..xnampak same pon bg..klu kite basuh kete kan ade org gosok kete kite..so bersihla..kalau hujan pulak..air je lah simbah tapi xbersih jugak..so ape salahnye basuh kete pastu hujan..
My hubby: dah basuh kete pastu hujan..kotor la balik...
Me: errkk...
Ok so tajuk tu aku pakai taram je..xde kaitan dgn cite pon..haha..tapi husband aku berjaya sekali lagi membuatkan otak aku yg xrase nak berpikir ni kene berpikir pulak..selame ni salah kah pemahaman aku atau pemahaman die kah yang salah..i'm konpius..haha
Monday, December 14, 2015
Olive Oil dan Madu Berkesan Atasi Rambut Gugur?
Lama sangat dah rasa tak menulis. So, sambil-sambil tunggu masker rambut ni kering boleh la tulis-tulis ape-ape yang terbuku, tersimpan dan terpendam di lubuk sanubari..
Semalam buka youtube tengok tutorial macam mana nak buat beaded bracelet yang comel..entah macam mana boleh smpai ke video 'how to make your hair longer in 1 day'..macam tu la lebih kurang tajuk videonya..kebabom boleh tahan tajuknya, berjaya tarik minat aku nak tengok..
Dalam video tu dia bg la petua bahan-bahan yang boleh guna untuk rambut cepat panjang iaitu olive oil + madu + kuning telur..bahan-bahan ni memang mudah didapati membuatkan aku lagi tertarik nak try..
Malam tu jugak aku ajak laki aku pegi cari olive oil..madu memang dah ada kat rumah hasil pembelian kat cameron bulan lepas..tiba-tiba terbayang apek cina yang jual madu tu, siap suruh aku makan sarang lebah..dahsyat sungguh dia punya showmanship..haha..
Lepas dah beli olive oil tu dah malam sangat so, tak sempat dah nak bermasker bagai..ngantuk..walaupun excited nak try..tapi tido jugak lagi best..^^
Balik je kerja hari ni..tengah baring-baring dok berangan nak buat projek bracelet..teringat pulak nak buat masker rambut..tang mana kaitan bracelet ngan rambut pon aku tak tau..:)
Terus je aku gagahkan diri turun ke dapur dengan misi mendapatkan sebiji telur..boleh pulak telur tak ada..aku pon naik balik bilik, tetap nak teruskan juga misi ni dan aku campurkan je Olive Oil dengan Madu tanpa telur...rupanya bila campur dan gaul sebati, jadi pekat rupanya dua-dua bahan ni..baru ku tahu..
Aku guna 3 sudu olive oil dan 2 sudu madu lebah..basahkan rambut, keringkan sikit-sikit then sapukan masker tadi..lebih-lebih tu aku sapu kat muka sekali..sekarang dah dekat 45 minit dah..aku nak tunggu sampai sejam je..kalau tengok video minah saleh semalam dia pakai sampai 2 jam...aku ada baca jugak yg masker ni elok jugak untuk rambut gugur, rambut kering dan rambut bercabang..elok sangat la tu..dah la murah, senang, boleh buat sambil santai-santai landing atas katil sementara tunggu meresap..boleh letak kat muka pulak lagi..dah 5 in1 dah tu..ape lagi yang aku nak..
Harapnye aku boleh amalkan petua ni secara berkala, so barula boleh nampak kesannye..tak gitu^^
Saturday, May 31, 2014
Friday, May 30, 2014
Makan Laksa boleh hilangkan stress?
Makan laksa boleh hilangkan stress, betul ke? haaa..memang bukan fakta yang betul, takde sebarang bukti saintifik pon. Sekadar testimoni seorang penggemar laksa yang giler-giler gemarkan laksa^^. Aku le tu.
Sempena cuti sekolah ni, aku dah kebosanan duduk di rumah. Dalam kamus hidup aku bosan boleh mendorong kepada stress. Terperap duduk kat rumah je, tak pergi ke mana-mana boleh mengundang kepada stress. Internet takde boleh mengundang kepada stress. Asyik makan makanan yang sama sahaja boleh mengundang kepada stress. Husband aku kerja tak hengat dunia tinggal aku sensorg kat rumah boleh mengundang stress. Oleh itu, husband aku yang peka dan sensitip tu telah mempelawa aku untuk menikmati laksa di Seksyen 4 Bangi. Dulu-dulu selalu pergi cni, tapi due tiga menjak ni dah jarang sangat.
Oleh itu, bagai budak kecik mendapat gula-gula aku menerima pelawaan tersebut dengan hati yang berbunga-bunga. Terus hilang segala stress ntah hape bagai, gone, nothing, terus rase fresh dan gembira tak terkata. Haa..itu baru di ajak, belum makan lagi. Dah dapat makan terasa bagai dunia ana yang empunya. Hahaha..
Entah apekebende yang aku repekkan. Tapi memang itulah realitinya. Last time pergi, laksanya agak masin tapi kali ni memang terbaek lah. Dimakan pulak dengan cendol. Oh! Nikmatnya.^^
Laksa = No more stress.
mwahahaha
Thursday, May 29, 2014
Something that I heard recently.
First of all, tentulah kerana kekacakan dan kecomelan watak utamanya. Kerap juga aku cuba nafikan benda ni tapi bila aku tengok balik cerita-cerita terpilih yang aku dah tengok, most of them memang sebab watak utamanya. Cerita-cerita Korea memang mementingkan semua ni, starategi pemasaran diorang mungkin, bagi aku kalau sebut je pasal Korea diorang memang mengutamakan 'fan service', memang kaw kaw lah diorang bagi. Tambahan pule memang peminat-peminat drama ni rasanya 98% memang terdiri daripada wanita-wanita, semua lah xkira usia, So, kalau dah namanya wanita atau lebih sinonim dipanggil perempuan, tentulah nak tengok hero dan heroin yang handsome dan jelita.
Faktor kedua yang menyumbang minat aku nak tengok cerita Korea ni adalah disebabkan jalan ceritanya. Haa, jalan cerita nombor dua ye anak-anak. Mula-mula tengok dulu sapa pelakon dia, ok, handsome + terkenal pulak, masuk dalam list nak tonton, lepas tu barulah mula menonton, tengok jalan cerita best ke x...kalau tak best selamat tinggal lah. Well, I'm still relevant kan. Cakap pasal jalan cerita ni, biasenye memang kebanyakan cerita yang menjadi pilihan hati aku jalan ceritanye memang tip top. Memang meleleh tengok beb. Tak tau lah berapa banyak air mata aku dah mengalir akibat melayan cerita Korea ni. Boleh menangis teresak-esak tau, jangan tak tau...huhu..Biasanya cerita mengenai hubungan kekeluargaan sangat menyentuh naluri keibuan aku..kihkih...terasa sangat dekat dengan aku walaupun budaya kite orang melayu dengan Korea sangat berbeza, tapi bila berkait dengan hubungan sesama manusia ni, pandangan kita serupe je...tak gitu^^
Aku nak kongsi sikit antara dialog menarik yang aku dengar recently, melalui cerita 'Goddess of marriage'. Cerita ni agak matang cket, cerita pasal konflik pasangan-pasangan yang dah berkahwin, pengarah cerita Korea ni bab mencipta konflik yang tidak berkesudahan memang power habis lah. Dalam cerita ni semua watak perempuan utama ada masalah dengan perkahwinan diorang, cuma watak kakak sulung heroin je yang takde masalah dalam rumahtangga dia tapi terpaksa berdepan dan bergelut dengan perasaan sedih akibat daripada konflik dan masalah rumahtangga adik-adik dia. Aku suka ucapan dialog Hyun Woo (salah satu watak) berkenaan dengan rumah, waktu ni mak mertua kaya dia insist suruh dia dan bakal bini dia duduk kat villa besar yang mak mertua dia dah sediakan, tapi Hyun Woo tak nak, dia terangkan sebab-sebab dia tak nak dekat bakal bini dia. Ayat dia mengikut pemahaman aku berbunyi begini,
' Rumah yang terlalu besar terasa sangat membebankan. Dia rasa diorang akan lebih gembira kalau duduk kat rumah yang selesa, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Tentu diorang akan lebih mesra dan sekiranya berlaku pergaduhan pasti akan cepat berbaik kerana ruang yang kecil tu...'
Tepat sekali, aku terlalu bersetuju dengan pendapat ni. Maklumlah terasa sangat dekat dengan keadaan aku sekarang ni yang duduk dengan mak mertua. Rumah hubby aku ni agak besar bagi aku tapi disebabkan ada mak mertua dan bapak mertua aku, jadinye kitorang banyak habiskan masa dalam bilik. So, bile bergaduh atau terasa tak puas hati sekejap sangat segalanye akan settle. Sebabnya, tak boleh nak lari ke mane, so kena settle kan secepat mungkin agar tidak ada situasi awkward bila keluar dari bilik nanti....
kuikui...
Friday, May 23, 2014
Rambut Mahkota Wanita^^~~
Friday, May 2, 2014
Eway?? Koyak dan menang datang lagi. Caution!!
Saturday, February 22, 2014
Our Story^^ Part 1
So, I started to think that he is not that bad, he tried his best already, maybe he is my destiny and I should give him a chance..
Friday, August 24, 2012
Laziness...a virus, desease or just a bad habit
It's been a while since my last update...
There it goes my perfect lazy day....and finally I will end up with finishing a drama with 16 or 20 episodes in one go....amazing...and if I am tough enough I even can finished watching 3 to 4 movies after that....hahaha...break????of course I need a break too...even a machine need break...duh....O.O...no matter how amazing and talented (I don't know where this word coming from) I am....I am still a human with a soul to feed and stomach to fill....^^...I will stop to pray and of course eating too....
I think I will look bad if I didn't give any back up statement here...after re reading the whole story I think I am very successful in making myself looks like a very lazy lady with an obsessive over korean drama and her bed...lying down all the time....I even can say goodbye to my fiance and my future mother in law...huhu...I am not that bad....
I need to make myself clear...I am quite diligent lady you know...I will do everything from sweep out the floor, washing dishes, washing clothes...errrr sometimes cooking^^....to even cleaning the bathroom when I am in my hardworking mode....but it just sometimes
But...I'll do better in the future^^
Promise!!!!
Thursday, April 12, 2012
My Wonderful Brain???
Thursday, January 19, 2012
Please be strong!!!!
Thursday, December 8, 2011
Tentang Dhia^^
Itching to Write a New Entry^^
Monday, October 3, 2011
Dato' Siti Nurhaliza Debut Album English^^
Falling in Love
Siti Nurhaliza ft Christian Alexander - I'll Wait Forever
Siti Nurhaliza Ft Sean Kingston - Remember You
Suke lagu siti ngan Sean Kingston "Remember You"..suare die macam sangaaaaaaat sweeeeeeeet~~~~...
awwwww...O.O
Fangirling Siti la pulak..muahahaha
Thursday, September 22, 2011
8 Reasons Why Laughter is Good for You^^
Friday, September 16, 2011
Lega 20%...T_T
How many Japanese and Korean Words do u know???
Annyeonghaseyo-hello
Jeongmal/chinca??-really??..xbape sure
Annyeong-bye
chinggu-friend
Gwenchana-Are u ok?
Gumiho-fox with 9 tail*xsure*^^(tajuk cite)
Sarang/saranghae/saranghamnida-love, I love u...
Namja-man
Saram-human
Na-I
Yeppeun-pretty
Neo-you
babo-stupid
Gajimalayo-Don't go
Yeongwonhi-Forever
Geotjitmal-lie
Chajatta-Found you
Mianhe/bianhe-sorry
Dugu-who?
JAPANESE
Konichiwa-hello
Aishiteru-I love you
Ohayo-good morning
Domo-very much
Ittadakimasu-let's eat*xsure*(mcm jemput makan kot)
Min'na-everyone
Kawaii-cute
Ganbare/ganbate-try your best
Arigato Gozaimasu-thank you
Dare-who
DouItashimashite-u r welcome
ureshii-happy
Tadaima-I'm home
Ikimen-handsome
Gomen-Sorry
Kokoro-heart
Doushite-why?
Kimi-You

