Thursday, April 12, 2012

My Wonderful Brain???

Malam ni rasa macam nak tido lambat...
dah lama tak buat benda macam ni..tido lambat..update blog...pikir nak tulis apa...
pastu bile da start tulis da tak boleh nak berenti la pulak...macam-macam pulak yang keluar...
cerita dari satu bende melilau ke satu bende yang lain...ni boleh dikira sebagai satu keistimewaan jugak la kot^^...
Rasenye dalam kalangan kawan-kawan aku...aku memang terkenal lah jugak sebagai seorang yang berfikiran jumpy2...maksudnya...kalau nyembang ngan kengkawan aku tu...aku selalu melompat dari satu topik ke satu topik yang lain tanpa rasa bersalah...kadang-kadang kawan-kawan aku tengah syok lagi bercerita pasal topik tu...tapi disebabkan otak aku dah mula pikir pasal benda lain...lalu dia (otak aku) terus menghantar signal kat mulut aku supaya segera meluahkan apa yang terpendam tu...maka tanpa berlengah lagi, dalam keadaan salah seorang member aku tengah dok happy cerita pasal kisah dia...aku segera menyampuk tentang sesuatu yang lain yang langsung tiada kaitan dengan topik yang dibincangkan....dan disebabkan kawan-kawan aku ni memang semuanya baik-baik belaka...diorang akan layan jugak pertanyaan mengejut aku sehingga topik utama tadi terus dilupakan...kang tetiba aku teringat balik pasal topik mula-mula tadi aku pon tanya la balik kat kawan aku yang aku dah potong cakap dia tadi...suruh dia sambung balik apa yang dia cuba cakap tadi...dan malangnya...kebiasaannya diorang memang tak akan berjaya nak ingat balik apa yang diorang cuba nak luahkan tadi....huhu...

Seriously, aku pon baru sedar perbuatan kurang sopan aku ni dua tiga menjak ni je...xsure macam mana...aku sedar sendiri kot^^...sejak dah mula sedar ni...aku cover la cket...kalau tiba-tiba aku dah tersampuk aku cepat-cepat mintak maaf balik ngan kawan aku n suruh diorang teruskan dengan cerita diorang....dan disebabkan hal ni.. aku discover lagi satu benda...lepas aku sedar yang aku cuba menyampuk dan suruh kawan aku teruskan cerita dia...bila habis je cerita tu dan bila diorang tanya pulak kat aku ape benda yang aku nak tanya tadi...aku pulak yang lupa...

Hmmmm...so...aku dapat buat kesimpulan kat sini bahawa...aku mempunyai satu daya ingatan jangka pendek yang cukup pendek...otak aku dah berjaya discover pasal keistimewaan aku ni lama dah...sebab tu bila ada je benda2 yang perlu diluahkan dia cepat-cepat push keluar benda tu...mungkin juga dia selaku otak aku juga tahu setakat mana tahap kemampuan dia...sebab tu dia segera mencari jalan penyelesaian terbaik untuk cover tahap pencapaian dia yang tak seberapa tu..

hmmmm...bernas jugak teori tu....
haha...