Cerita Kanak-Kanak 1 (Dengar Kata Guru)

     Adam berumur 6 tahun, seorang budak yang lincah dan sangat aktif. Adam seorang pelajar yang bijak tetapi Adam tidak boleh duduk diam dan gemar berlari di dalam kelasnya. Cikgu Anita ialah guru kelas Adam. Cikgu Anita sentiasa memberi peringatan kepada pelajar-pelajarnya supaya jangan berlari di dalam kelas kerana perbuatan itu sangat bahaya.
     Walaubagaimanapun, pesanan cikgu Anita tidak pernah diendahkan oleh Adam. Adam tetap berlari di dalam kelas terutamanya apabila cikgu Anita tiada. Adam tanpa rasa bersalah akan mengajak rakan-rakannya yang lain supaya sama-sama bermain kejar-kejar dengannya di dalam kelas. Adam dan rakan-rakannya telah didenda oleh cikgu Anita atas kesalahan tersebut. 
     Rakan-rakan Adam rasa bersalah terhadap cikgu Anita dan meminta maaf daripada cikgu Anita dan mereka berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Disebabkan Adam tidak mahu terus didenda Adam juga turut meminta maaf daripada cikgu Anita. Tetapi sangat sukar bagi Adam untuk terus duduk diam sahaja oleh itu dia mula berlari semula apabila cikgu Anita keluar dari kelas. Adam berlari dari belakang kelas ke hadapan kelas berulang kali. rakan-rakan Adam meminta Adam berhenti namun tidak dipedulikan. 
     Adam terus berlari  gembira. Tiba-tiba kaki Adam tersadung kaki kerusi. Adam terjatuh, dahinya terkena bucu meja dan terus tersembam ke lantai. Adam menangis kesakitan. Rakan sekelas Adam mula panik dan memanggil cikgu Anita. Cikgu Anita mengangkat Adam, kepala dan mulut Adam berdarah, lutut adam luka. Cikgu Anita segera membawa Adam ke klinik berdekatan dan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu dan ayah Adam.
     Dahi Adam perlu dijahit dan mujur tidak ada gigi yang patah. Adam telah dimarahi oleh ayah dan ibunya kerana tidak mendengar kata guru. Sejak kejadian itu, Adam sedar bahawa berlari di dalam kelas adalah sangat bahaya dan dia perlu sentiasa patuh pada pesanan guru kerana setiap pesanan guru adalah untuk kebaikan dirinya.
      Walaubagaimanapun, Adam tetap Adam. Sekejap sangat Adam berasa insaf, Sebagai seorang budak yang tidak boleh duduk diam Adam kekal dengan 'habitnya' suka berlari di dalam kelas itu setelah pulih daripada kecederaan yang dialaminya. Cikgu Anita hanya mampu terus menegur dan mendenda Adam. Adam sungguh tegar.  Adam...Adam...

Mwahahaha.

No comments:

Post a Comment