Friday, May 2, 2014

Eway?? Koyak dan menang datang lagi. Caution!!


Korang pernah dengar tak tentang produk jenama EWAY? this is based on true story yang terjadi kat diri aku sendiri beberapa hari yang lalu.

Lokasi : Pasaraya Barang Basah SEGI Balakong
Waktu : Lebih kurang jam 6.00 petang

Selepas selesai membeli barang2 dari pasaraya Segi, aku dan husband telah di approach oleh seorang jurujual perempuan yang menyatakan syarikat dia sedang buat promosi barang, cuma perlu ikut dia ke kedai sekejap dan boleh dapatkan beg percuma (aku dan husband ok je lah, beg percuma kot, boleh lah letak barang2 yang kitorang beli tadi). Tanpa banyak soal aku dan husband pon pergilah follow jurujual tu tadi.

Sampai kat kedai yang diwar-warkan tadi, aku dapati kedai agak kecil, sempit dan serabut sebab rasanya diorang baru je pindah. Sebelum ni  tak pernah pon nampak diorang kat situ. Ramai jugak dalam kedai tu, rasanya ada 8 orang semuanya. Tiba-tiba jurujual tu cakap beg dah habis la pulak. Disuruh pulak aku dan husband duduk sekejap, husband aku tak nak duduk. Dia dah mula rasa something fishy, tapi aku yang agak blur ni duduk la dan tunggu dengan sabar. Jurujual perempuan tu meneruskan lagi agendanya, berpura-pura mencari kupon untuk digantikan dengan beg percuma yang menjadi idaman kami tadi. Sebelum tu disuruhnya aku isi sedikit maklumat di atas 1 baucer. Katanya boleh lah dia hantarkan katalog untuk barangan syarikat dia nanti ke rumah, tak perlu beli pon sekadar promosi saja katanya.

Beberapa kali juga jurujual tu tanya aku kerap tak datang beli kat sini. Takut terserempak kali kedua agaknya. Aku yang blur lagi lurus ni pon isi lah maklumat dalam baucer tu, maklumat nama, no.phone dan alamat. Husband aku senyap dan jadik pemerhati je. Seterusnya aku diberi 2 kupon. Aku diminta membuka kupon tersebut didepannya, nak cop katanya. Tapi cari cop pon tak jumpa juga (too many lies but I'm still blur..sungguh menyedihkan..huhu). Aku buka kupon yang pertama, jeng..jeng..jeng...dapat baucer pembelian barang berharga RM100 dan dapat percuma 2 barang jenama EWAY iaitu dapur dan penapis air. WOW just WOW!!! Dasyat sungguh.

Perempuan jurujual tu berlakon terkejut pulak, dia kata dia kena tanya bos dia dulu baucer ni valid ke tak, sebab biasanya paling bertuah pon dapat periuk kecik je (haha..tiba2 rasa kelakar pulak bila ingat balik...haish..perempuan perempuan). Dia pon pergi tanya bos, lepas tu datang balik cakap bos dia cakap baucer tu valid. Lepas tu barulah husband aku bersuara.^^.

Ini dialog antara husband aku dengan jurujual tu,
Jurujual   : Betullah, abang and akak boleh bawa balik 2 barang ni
Husband : Bagus lah kalau betul dah boleh angkut ke ni?
Jurujual   : Emm, kereta muat ke nak bawak ni?
Husband : Eh, memang muat je. Tak de masalah. (Husband aku dah x sabar nak blah)
Jurujual   : Tapi sebelum  boleh bawak balik abang and akak kena penuhi 4 syarat dulu.                                         (checkmate..time ni baru aku rasa something fishy yang husband aku dah rasa sejak dari                           awal tadi.)

Aku pandang Husband aku, aku boleh nampak dengan jelas dari riak muka dia hati dia berkata "aku dah agak dah...)=D

Husband  : hah apa syaratnya? (nada agak keras, muka agak garang, aura agak kehitam-hitaman^^)
Jurujual    : mudah je, yang pertama...syarat kedua tak boleh jual balik barang yang dah dapat percuma tu. Syarat yang ketiga abang and akak kena tunaikan dulu baucer seratus ringgit ni dengan memilih mana2 barang lain.Kita tak suruh abang and akak beli barang, kita akan pinjamkan dulu barang ni, abang and akak guna dulu kalau puas hati boleh terus beli and bayar secara ansuran serendah RM50 (dia tunjuk kat aku barang-barang tu punya harga, mak aiii bapak mahal, semuanya berharga RM3000 ke atas) dan syarat ke empat akak and abang perlu ambil gambar bersama barang-barang yang dapat percuma tu. So, kalau setuju  dengan semua syarat, abang and akak boleh bawa balik 3 barang sekaligus.

Sungguh dahsyat penipuannya, kalau korang tengok keadaan kedai tu dengan dapur untuk display cuma diletakkan di atas handmade kabinet papan yang agak buruk, sepatutnya aku dah blah waktu tengok kabinet ni tapi kenapa aku tunggu sampai ke sudah aku pon tak paham jugak T.T, korang akan rasa nak tergelak bila dia ckp barang tu berharga RM3000 ke atas. Siap nak bagi pinjam dulu barang berharga RM3000 ke atas tu, dia ingat RM3 ke? haiya...

(aku tak ingat pulak syarat pertama, tapi syarat ketiga menyebabkan husband aku terus cakap "balik yang"^^)

Kitorang pon blah tanpa menoleh ke belakang lagi. Rupa-rupanya setelah mencari-cari di google tadi tentang produk eway, ade juga orang lain yang pernah mengalami pengalaman serupa. Alhamdulillah kerana terselamat daripada tertipu dan teraniaya. Be careful everyone, jangan mudah termakan dengan tawaran barangan percuma yang sungguh lumayan seperti ini. Selamat beringat.


Wassalam.



No comments:

Post a Comment