Friday, May 30, 2014

Makan Laksa boleh hilangkan stress?


Makan laksa boleh hilangkan stress, betul ke? haaa..memang bukan fakta yang betul, takde sebarang bukti saintifik pon. Sekadar testimoni seorang penggemar laksa yang giler-giler gemarkan laksa^^. Aku le tu.
Sempena cuti sekolah ni, aku dah kebosanan duduk di rumah. Dalam kamus hidup aku bosan boleh mendorong kepada stress. Terperap duduk kat rumah je, tak pergi ke mana-mana boleh mengundang kepada stress. Internet takde boleh mengundang kepada stress. Asyik makan makanan yang sama sahaja boleh mengundang kepada stress. Husband aku kerja tak hengat dunia tinggal aku sensorg kat rumah boleh mengundang stress. Oleh itu, husband aku yang peka dan sensitip tu telah mempelawa aku untuk menikmati laksa di Seksyen 4 Bangi. Dulu-dulu selalu pergi cni, tapi due tiga menjak ni dah jarang sangat.
Oleh itu, bagai budak kecik mendapat gula-gula aku menerima pelawaan tersebut dengan hati yang berbunga-bunga. Terus hilang segala stress ntah hape bagai, gone, nothing, terus rase fresh dan gembira tak terkata. Haa..itu baru di ajak, belum makan lagi. Dah dapat makan terasa bagai dunia ana yang empunya. Hahaha..
Entah apekebende yang aku repekkan. Tapi memang itulah realitinya. Last time pergi, laksanya agak masin tapi kali ni memang terbaek lah. Dimakan pulak dengan cendol. Oh! Nikmatnya.^^

Laksa = No more stress.

mwahahaha

No comments:

Post a Comment