Thursday, May 29, 2014

Something that I heard recently.

I loved watching Korean Drama, it's nothing new..I know..but do you know the reason why I love it so much? Well, I'll spent my precious time to let you know the secret.^^

First of all, tentulah kerana kekacakan dan kecomelan watak utamanya.  Kerap juga aku cuba nafikan benda ni tapi bila aku tengok balik cerita-cerita terpilih yang aku dah tengok, most of them memang sebab watak utamanya. Cerita-cerita Korea memang mementingkan semua ni, starategi pemasaran diorang mungkin, bagi aku kalau sebut je pasal Korea diorang memang mengutamakan 'fan service', memang kaw kaw lah diorang bagi. Tambahan pule memang peminat-peminat drama ni rasanya 98% memang terdiri daripada wanita-wanita, semua lah xkira usia, So, kalau dah namanya wanita atau lebih sinonim dipanggil perempuan, tentulah nak tengok hero dan heroin yang handsome dan jelita.

Faktor kedua yang menyumbang minat aku nak tengok cerita Korea ni adalah disebabkan jalan ceritanya. Haa, jalan cerita nombor dua ye anak-anak. Mula-mula tengok dulu sapa pelakon dia, ok, handsome + terkenal pulak, masuk dalam list nak tonton, lepas tu barulah mula menonton, tengok jalan cerita best ke x...kalau tak best selamat tinggal lah. Well, I'm still relevant kan. Cakap pasal jalan cerita ni, biasenye memang kebanyakan cerita yang menjadi pilihan hati aku jalan ceritanye memang tip top. Memang meleleh tengok beb. Tak tau lah berapa banyak air mata aku dah mengalir akibat melayan cerita Korea ni. Boleh menangis teresak-esak tau, jangan tak tau...huhu..Biasanya cerita mengenai hubungan kekeluargaan sangat menyentuh naluri keibuan aku..kihkih...terasa sangat dekat dengan aku walaupun budaya kite orang melayu dengan Korea sangat berbeza, tapi bila berkait dengan hubungan sesama manusia ni, pandangan kita serupe je...tak gitu^^

Aku nak kongsi sikit antara dialog menarik yang aku dengar recently, melalui cerita 'Goddess of marriage'. Cerita ni agak matang cket, cerita pasal konflik pasangan-pasangan yang dah berkahwin, pengarah cerita Korea ni bab mencipta konflik yang tidak berkesudahan memang power habis lah. Dalam cerita ni semua watak perempuan utama ada masalah dengan perkahwinan diorang, cuma watak kakak sulung heroin je yang takde masalah dalam rumahtangga dia tapi terpaksa berdepan dan bergelut dengan perasaan sedih akibat daripada konflik dan masalah rumahtangga adik-adik dia. Aku suka ucapan dialog Hyun Woo (salah satu watak)  berkenaan dengan rumah, waktu ni mak mertua kaya dia insist suruh dia dan bakal bini dia duduk kat villa besar yang mak mertua dia dah sediakan, tapi Hyun Woo tak nak, dia terangkan sebab-sebab dia tak nak dekat bakal bini dia. Ayat dia mengikut pemahaman aku berbunyi begini,

' Rumah yang terlalu besar terasa sangat membebankan. Dia rasa diorang akan lebih gembira kalau duduk kat rumah yang selesa, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Tentu diorang akan lebih mesra dan sekiranya berlaku pergaduhan pasti akan cepat berbaik kerana ruang yang kecil tu...'

Tepat sekali, aku terlalu bersetuju dengan pendapat ni. Maklumlah terasa sangat dekat dengan keadaan aku sekarang ni yang duduk dengan mak mertua. Rumah hubby aku ni agak besar bagi aku tapi disebabkan ada mak mertua dan bapak mertua aku, jadinye kitorang banyak habiskan masa dalam bilik. So, bile bergaduh atau terasa tak puas hati sekejap sangat segalanye akan settle. Sebabnya, tak boleh nak lari ke mane, so kena settle kan secepat mungkin agar tidak ada situasi awkward bila keluar dari bilik nanti....

kuikui...




No comments:

Post a Comment