Monday, December 14, 2015

Olive Oil dan Madu Berkesan Atasi Rambut Gugur?

Lama sangat dah rasa tak menulis. So, sambil-sambil tunggu masker rambut ni kering boleh la tulis-tulis ape-ape yang terbuku, tersimpan dan terpendam di lubuk sanubari..

Semalam buka youtube tengok tutorial macam mana nak buat beaded bracelet yang comel..entah macam mana boleh smpai ke video 'how to make your hair longer in 1 day'..macam tu la lebih kurang tajuk videonya..kebabom boleh tahan tajuknya, berjaya tarik minat aku nak tengok..

Dalam video tu dia bg la petua bahan-bahan yang boleh guna untuk rambut cepat panjang iaitu olive oil + madu + kuning telur..bahan-bahan ni memang mudah didapati membuatkan aku lagi tertarik nak try..

Malam tu jugak aku ajak laki aku pegi cari olive oil..madu memang dah ada kat rumah hasil pembelian kat cameron bulan lepas..tiba-tiba terbayang apek cina yang jual madu tu, siap suruh aku makan sarang lebah..dahsyat sungguh dia punya showmanship..haha..

Lepas dah beli olive oil tu dah malam sangat so, tak sempat dah nak bermasker bagai..ngantuk..walaupun excited nak try..tapi tido jugak lagi best..^^

Balik je kerja hari ni..tengah baring-baring dok berangan nak buat projek bracelet..teringat pulak nak buat masker rambut..tang mana kaitan bracelet ngan rambut pon aku tak tau..:)

Terus je aku gagahkan diri turun ke dapur dengan misi mendapatkan sebiji telur..boleh pulak telur tak ada..aku pon naik balik bilik, tetap nak teruskan juga misi ni dan aku campurkan je Olive Oil dengan Madu tanpa telur...rupanya bila campur dan gaul sebati, jadi pekat rupanya dua-dua bahan ni..baru ku tahu..

Aku guna 3 sudu olive oil dan 2 sudu madu lebah..basahkan rambut, keringkan sikit-sikit then sapukan masker tadi..lebih-lebih tu aku sapu kat muka sekali..sekarang dah dekat 45 minit dah..aku nak tunggu sampai sejam je..kalau tengok video minah saleh semalam dia pakai sampai 2 jam...aku ada baca jugak yg masker ni elok jugak untuk rambut gugur, rambut kering dan rambut bercabang..elok sangat la tu..dah la murah, senang, boleh buat sambil santai-santai landing atas katil sementara tunggu meresap..boleh letak kat muka pulak lagi..dah 5 in1 dah tu..ape lagi yang aku nak..

Harapnye aku boleh amalkan petua ni secara berkala, so barula boleh nampak kesannye..tak gitu^^

No comments:

Post a Comment