Thursday, September 22, 2011

8 Reasons Why Laughter is Good for You^^


8 Sebab Kenapa Ketawa Bagus untuk Korang^^...

Hidup seseorang tu akan jadi bosan kalau dia asyik habiskan masa dia dengan asyik berasa risau terhadap sesuatu perkara...normal lah kalau sekali sekala rasa risau....tapi janganlah disebabkan risau tu...monyok je sepanjang masa...chill out man!!!^^

Cara terbaik supaya tak nampak monyok sepanjang masa ialah dengan KETAWA...ketawa ni boleh dikatakan satu ubat yang mujarab untuk semua peringkat umur dan dia ada satu side effect iaitu apabila korang ketawa orang-orang di sekitar korang*rakan-rakan dan orang yang mengenali korang*pon akan turut terhibur dan ketawa sekali dengan korang...tapi kalau korang tiba-tiba ketawa kat tengah2 orang ramai...orang mungkin akan memandang serong terhadap korang^^...kalau ade yang curious sikit tu...orang tu mungkin akan cuba cari dulu sumber korang ketawa tu baru dia judge korang....tapi kalau ketawa korang tu betul-betul menghiburkan...mungkin orang yang tak kenal korang tu pon akan turut ketawa bersama-sama dengan korang...kalau itu berlaku maknanya korang dah berjaya menyebarkan virus ketawa korang tu kepada orang lain...^^



Kembali kepada topik asal...
Aku sebenarnya nak berkongsi tentang 8 sebab kenapa ketawa baik untuk korang...

1. Ketawa boleh menghilangkan stress...Korang akan rasa lebih sihat dan lebih gembira^^

2. Ketawa boleh membantu korang untuk mendapatkan lebih ramai kawan...ye lah bila ketawa korang akan nampak lebih approachable^^...

3. Ketawa boleh meningkatkan self-esteem korang yang seterusnya akan membolehkan korang untuk rasa lebih relax dan konfiden...cuba lah ketawa dengan kawan-kawan korang sebelum korang mulakan presentation korang..xpayah la gelak over2 pulak...sikit2 je...supaya tak rasa stress sangat^^...

4. Ketawa boleh meningkatkan tahap kreativiti korang dan korang akan dapat menghasilkan idea-idea yang fresh dari ladang^^...*rasanya point ni ade kaitan dengan point pertama tadi...disebabkan ketawa boleh menghilangkan stress..so, otak korang akan dapat berfungsi dengan lebih baik....sebab tu korang dapat hasilkan idea-idea yang lebih segar dan kreatif*

5. Ketawa boleh menguatkan hubungan silaturrahim antara korang dengan orang di sekitar korang*rakan, keluarga, life partner^^*...

6. Ketawa merupakan satu senaman mudah untuk otot-otot muka korang^^...orang kata muka akan nampak lebih segar dan muda kalau ketawa banyak-banyak...

7. Ketawa membolehkan korang menyebarkan aura positif korang kepada orang di sekeliling korang....orang disekeliling korang akan rasa lebih baik dan gembira kalau korang dan ketawa korang tu ada di sekitar diorang^^...

8. Ketawa jugak ada kaitan dengan romance>_<....girls akan lebih suka pada boy yang boleh buat diorang ketawa...^^


P/s: So, bagi aku point yang paling penting kat sini ialah point pertama tu...ketawa boleh menghilangkan stress^^....sangat penting bagi kita untuk cuba elakkan diri dari stress...ye lah..stress boleh menyebabkan muka monyok...jadi kurang confident...tak ceria...tak boleh nak produce idea bernas...orang takut nak kawan dan banyak lagi lah....jadinye..bila korang ade je rase-rase macam nak stress...cepat-cepatlah pergi cari sumber untuk ketawa....

^^


No comments:

Post a Comment