Friday, September 16, 2011

Korean and Japanese Wave???


Korean ngan Japanese wave memang bukan bende yang asing da sekarang ni...ade suatu mase dulu drama-drama jepun sangat popular...ingat lagi waktu sekolah dulu2...aku dok asrama, waktu tengok tv, setiap petang weekdays start dari pukul 5-7ptg xsilap aku...tiap2 petang bilik Tv mesti penuh dengan budak-budak aspuri yang dahagakan aksi-aksi romantik daripada pelakon-pelakon popular jepun...drama-drama jepun yang popular waktu tu ialah Long Vacation ngan beautiful life...Takuya Kimura waktu tu memang sangat popular dan digilai oleh budak-budak aspuri^^....
Anime Bleach merupakan anime jepun pertama dan terakhir*sebab lepas tu aku langsung tak layan anime dah* yang berjaya memberi kejutan budaya kat aku...memang giler-giler jugakla aku layan Bleach dulu-dulu..

Tak lame lepas tu...korean wave pulak melanda station televisyen tanah air...bermule dengan Winter Sonata tak clap aku*maklumlah dulu aku bukan peminat K-drama* sampai Hazami pon buat lagu berdasarkan ost cite tu...ape tajuknye??..Sonata Musim Salju kan^^
..First Korean drama yang aku tengok betul-betul dari awal sampai habis, cite My Girl....cite yang aku tengok kat tv dari awal sampai habis pulak cite My Sassy Girl Chun Hyang*tayang waktu senje kat 8tv, punye la susah nak tinggal untuk solat Maghrib...iklan g amik semayang...iklan lagi baru solat...aish memang teghooook..hehe*
Ala..korang pon mesti penah buat macam tu jugak...xyah nak nipu aku^^...

Sekarang ni pulak... K-POP...
memang sangat-sangat berleluasa kat Malaysia...ujung bulan ni *terlalu malas nak cek bile tarikhnye sebab aku xmampu nak join* satu konsert Kpop besar-besaran akan di adakan kat Stadium Merdeka Kuala Lumpur...
andai yuran aku sem ni xterlalu mahal...*sigh*...
sebelum-sebelum ni pon dah banyak dah konsert-konsert Kpop ni diadakan dan memang mendapat sambutan ramai....so, ini menggalakkan lagi artis-artis kpop ni untuk datang ke Malaysia. Berdasarkan pembacaan aku 2 3 ari yang lepas...konsert kpop tu da berjaya kat singapore sebab tu diorang buat pulak kat Malaysia. Walaupun Ft Island ngan Big Bang pun akan turut serta dalam konsert ni*2 kumpulan kegemaran la jugak selain daripada JYJ* tapi aku xde la pulak terkinja-kinja nak pegi...
andai yuran aku sem ni x mahal...*sigh*

Korean Wave or Hallyu refers to spread of South Korean culture around the world.
emmmm..about Japanese Wave...I'm not so sure if they even used the same term as Korean wave for their culture spreading...keke...

K-Drama = Korean Drama
J-Drama = Japanese Drama
K-pop = Korean Pop
J-Pop = Japanese Pop 

P/S: Analisis ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku je...
ade kaitan dengan fakta sebenar...
sekiranya tidak tepat...di ulang sekali lagi ianya hanya 
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sahaja...


^^ 


No comments:

Post a Comment